Daddy : Andy, pegang tangan daddy kuat-kuat ok.Takut Andy terlepas, nanti jatuh..
Andy : Tak boleh daddy..
Daddy : Kenapa pula?
Andy : Daddy yang patut pegang tangan Andy kuat-kuat..sebab daddy lagi kuat dari Andy..kalau Andy pegang, nanti Andy terlepas..tapi bila daddy pegang, Andy tahu daddy takkan lepaskan Andy..kan?
Daddy : :D

Thursday, November 20, 2008

Berita mutakhir ii

Andy semakin sihat.
Kulit makin licin.
Mummy mula tersenyum.
Mummy semakin sayang.
Mummy semakin dekat.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi....

Daddy?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Daddy masih mencari waktu,Andy tunggu ye?

Sunday, October 26, 2008

Berita mutakhir

Kalian semua,

Buat masa ni Andy tak sihat.Doakan Andy cepat sembuh.

Andy sakit.

Andy sakit sangat.

Andy nak sembuh.

Andy nak cepat main bola.

Saturday, October 11, 2008

Oh!Mummy yang Baik Hati..

Hi all,






















Inilah kaki Andy!! happy tak?
agak-agak padan tak dengan snickers di bawah?


















Mummy!!...Andy nak satu!

Thursday, October 9, 2008

Secebis nota..

hi semua,

Andy baru elok dari flu.Lama Andy kene selsema.Pastu Andy kene batuk-batuk.Teruk Andy batuk.Maybe pasal Dumex Supro milk tak sesuai kot dengan Andy.Sekarang batuk pun dah kurang sikit.Itupun mummy dah tak bagi Andy minum Dumex Supro milk.Andy just minum mummy breast milk aje.Thx mummy..Pastu nenek Gombak pun dah belikan Andy Snow milk.So,after this i will never take Dumex Supro milk anymore.Snow Milk tu pun just for back up jek.Now i'm on Mummy Milk!!hehe..sedap susu mummy..

So far,Andy rasa cukup happy sekarang.Everybody seems like to hold me.hehe..Andy tau yang Andy ni hensem.Semua orang nak dekat ngan Andy.Masa hari raya tempoh hari,Andy dapat banyak duit raya..Yippie!.Ini 1st time Andy dapat duit raya walaupun andy tak tau duit tu ape.Tapi apa yang andy tau,daddy kata duit tu dah cukup dah untuk beli Snickers Adidas Jr Limited Edition untuk Andy.Apa-apalah daddy.As long u know apa yang terbaik untuk hero daddy ni.

Oh ya..Andy sekarang dah botak.Licin!Masa raya hari tu Andy balik Merlimau.Nenek Sebatu suruh botakkan Andy.Daddy takut nak botakkan andy..hahaha..apalah daddy ni..penakut..last2 Pak Long yang botakkan.Daddy tukang pegang jek.Masa sesi membotakkan rambut,mummy tukang ambil gambar.Fuhh..tuhan saja yang tau..sakit kepala andy kena botak.Terus jek andy nangis..tapi Pak Long ngan Daddy pakat gelakkan Andy jek..huhu..sampai hati..tapi bila dah selesai sesi membotakkan kepala tu,Andy rasa lapang sangat..Berangin jek kepala ni..pastu andy pun mandi..lepas mandi dengan senang hatinya andy dapat tidur.Tak pernah rasa selesa seperti itu.Best sangat!Thanx Daddy..Thanx Pak Long.Nanti gambar andy uploadkan ek?

Untuk mummy,Andy minta maaf kalau andy banyak menyusahkan mummy.Andy dah baca blog mummy tadi.Andy tau mummy mengalami sindrom hipertensi.Kesian mummy..Kalau andy ni boleh bercakap,dah lama andy tak nangis.Andy tak nak mummy salah faham.Andy bukan sengaja tak mahu tidur.Andy tak puas nak tengok keadaan sekeliling.Andy nak kenal apa itu lampu,apa itu televisyen,apa itu almari,siapa itu uncle,etc.Andy cemburu tengok orang lain boleh berjalan.Sebab itu andy selalu je perhatikan orang lalu lalang.Andy tengah proses belajar.Harap Mummy faham.Bukan sengaja andy nak menangis.Andy nak bercakap ngan mummy.Tapi andy tak keluar suara lagi.Andy cemburu tengok semua orang boleh bercakap.Bila Andy nak bercakap jek,mesti tak boleh.Itu yang buat andy sedih.Andy terpaksa menangis.Andy dalam proses belajar lagi.Andy minta maaf.harap mummy faham.

Apa-apa pun andy bangga punya ibu seperti mummy.Mummy tabah jaga andy.Walaupun daddy jarang ada di rumah,Andy tau yang daddy sebenarnya mencari nafkah untuk famili kita.Andy faham.Cuma andy tak mampu untuk berkata-kata.

Buat Mummy and Daddy,

I'm proud to be your hero!

Wednesday, September 24, 2008

Here I am..


Hai Daddy..

Hai Mummy..



Andy di sini..Andy dah jumpa daddy and mummy..at last..

lama sangat dah Andy tunggu..dapat gak tengok muka both of u..hensem gak daddy ni..mummy pun comey..so,andy mesti lagi hensem dan comey kan?


anyway it's great to see both of u on my side..i'm really appreciated what u've sacrifice for me..i know that yang both of u sangat2 sayang kat andy..that's why daddy n mummy sentiasa ada masa andy do rengek2 kan?hehehe..


Andy penat sekarang ni..i got flu..nanti andy dh sihat,and dah free,andy tulis lagi pasal mummy and daddy ek?ada banyak andy nak citekan..


tunggu....

Wednesday, August 27, 2008

At last...

Di kala senja melabuh..

Aku:Mummy...andy teringin nak minum air tembikai laici la..

Mummy:Hmmm...tunggu daddy balik ek?daddy lambat sikit..dia kerja..

Aku:Ok..tapi jangan lambat sangat ek?

Mummy:Nanti mummy SMS kat daddy ek?suruh dia balik awal..


Jam 11.00pm...


Daddy:I'm home...

Mummy:~~~~~~

Aku:yeayea..daddy dah balik..

Daddy:U nak pegi kedai air buah tak?

Mummy:Kalau u penat xpela..dah lewat dah ni..

Daddy:Esok malam bleh?

Mummy:Hmm..ok..(bergenangan air mata)

Aku:Alaaa...nak air tembikai laici..huhuhu...sampai hati daddy..

Mummy:(bergenang air mata)

Daddy:~~~~

Daddy:mmm..tunggu i mandi jap ek?pastu kita pegi..

Mummy:ok...(sedikit gembira)

Aku:hoyeaa!!!


Jam 12.00am Di kedai air buah...


Daddy:seronok dapat minum tembikai laici?

Mummy:seronok!!!

Aku:seronok!!best...

Daddy:dah..jom balik ek?

Mummy:ok..jom!

Aku:Thanks daddy...malam ni andy leh tidor nyenyak coz dapat minum tembikai laici..mummy pun leh tidor nyenyak coz andy tak merengek kat mummy dah...

Aku:gudnite daddy n mummy..Luv u..


Kelihatan 2 susuk tubuh berjalan menuju ke kenderaan untuk pulang ke rumah dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan...

manakala aku mula lena dengan nyenyak dan gembira di dalam kamar kapsul masa ku ini..

Tuesday, August 26, 2008

Salam sayang for Mummy and Daddy..

Di sebuah planet bernama Plasenta..

"Mummy and Daddy..

Andy tak sabar nak jumpa mummy and daddy..Andy tak sabar nak cium mummy and daddy..Andy tak sabar nak senyum kat mummy and daddy..Andy teringin sangat tengok wajah mummy and daddy..

Mummy..

Andy janji yang andy akan jaga and sayang mummy macamana mummy jaga and sayang andy selama 9 bulan kat planet ni..

Daddy..

Andy janji yang andy akan jaga and sayang daddy macamana daddy jaga and sayang mummy andy selama 9 bulan di luar sana..

Ok.

Kita jumpa lagi..

Hugs and Kisses from your beloved Andy..."